Kelas Asas Ms. Excel (A)

12 Januari 2019 | Ak4tiviti Terkini

Kelas Asas Ms. Excel (A) ini berlangsung pada hari Jumaat, iaitu 11 Januari 2019. Kelas ini berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Stungkor Baru. Kelas ini di hadiri 12 orang peserta terdiri daripada komuniti pelajar Kampung Stungkor Baru. Kelas ini berlangsung selama 2 jam iaitu dari 2.00 petang sehingga 4.00 petang.

Kelas ini membincangkan pengenalan asas Ms. Excel kepada para peserta iaitu bagaimana untuk mencari dan membuka Ms. Excel. Seterusnya menerangkan bagaimana cara untuk membuat kotak serta menaip dalam ms. Excel. Untuk kelas asas Ms. Excel yang pertama ini hanya membincangkan bagaimana membuat kotak-kotak dalam Ms. Excel serta penerangan fungsi-fungsi front dan alignment dalam Ms. Excel. Dalam penerangan fungsi font iaitu bagaimana mengunakan borders dan draw borders. Manakala fungsi alignment pula dibincangkan bagaimana dalam pengunaan wrap text dan merge & center. Kelas tamat setelah semua peserta dapat membuat kotak pelbagai bentuk dalam Ms. Excel.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali